Sabtu, 21 Juli 2012

Sejarah Pesawat Avro 504


Kapal terbang Avro 504 adalah sejenis kapal terbang yang digunakan semasa Perang Dunia I. Kapal terbang ini dibina oleh syarikat Avro Aircraft Company dan dilesenkan pengeluarannya kepada beberapa syarikat lain.
Pesawat Avro 504 mula dibina dalam tahun 1913 dan digunakan dalam perkhidmatan tentera udara selama 20 tahun! Sebanyak 8,340 buah pesawat dibina untuk perkhidmatan pelbagai pengguna. Kor Penerbangan Diraja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja menggunakan pesawat Avro 504 sebagai pesawat latihan, pesawat peninjau dan juga pesawat pengebom.
http://www.military-history.org/articles/biplane-picture-gallery-2-by-mark-bromley.htm/attachment/avro-504k-military-times-mark-bromley-2
Pesawat Avro 504 ditarik balik daripada perkhidmatan barisan hadapan pada musim panas tahun 1915, tetapi kekal dalam perkhidmatan tentera sebagai pesawat latihan. Pesawat Avro 504 adalah pesawat pertama digunakan untuk membuat serangan menggunakan mesingan ke atas askar-askar di kedudukan darat. Pesawat ini juga merupakan pesawat pertama membuat serangan bom ke atas negara Jerman, dan pesawat pertama ditembak jatuh oleh artileri antikapal terbang (AAA).
Perawat Avro 504 mudah dikenali kerana mempunyai kelincir (skid) di antara dua roda pendaratan. (sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Avro_504)


Bagi anda yang hobi mengoleksi barang-antik dan unik, disini lah anda bisa menemukan Miniatur Pesawat Avro

Tidak ada komentar:

Posting Komentar